Home Tips Membeli Perabot Di China Tempat Termurah Untuk Tukar Matawang Asing Foreign Exchange

Tempat Termurah Untuk Tukar Matawang Asing Foreign Exchange

3309
1
SHARE
tempat-termurah-untuk-tukar-matawang-asing-foreign-exchange

Setiap kali nak travel ke luar negara, mesti anda pening nak tukar duit kat mana kan? 🙂

Ini dia kami dedahkan 2 tempat di mana kadar tukarannya adalah yang terendah di Lembah Kelang mengikut pengalaman kami:

1 – Mid Valley Megamall. Ada 3 kedai di situ, berhampiran KFC

2 – Di sekitar Jalan Bukit Bintang. Ada banyak kedai, cuba survey satu demi satu

JANGAN TUKAR DUIT KAT BANK, JAUH BEZA WOO!

Macam mana nak tahu kadar tersebut cukup rendah atau tidak? Begini caranya…

1 – Search di Google, “1 USD in MYR” (masukkan matawang anda nak tukar tu)

2 – Layari website ini, pilih Max Money dan lihat berapakah kadar yang mereka tawarkan. Dalam website ini, kesemua kadar tukaran bank-bank tempatan akan ditunjukkan. Anda akan dapati kadar di Mid Valley adalah jauh lebih rendah. 🙂

3 – Install Apps Converter dan check berapakah kadar tukaran semasa apps tersebut.

Jadi, setelah anda buat perbandingan di antara ketiga-tiganya, bandingkan dengan kadar yang money changer tersebut tawarkan. Kalau rendah, bolehlah tukar ya.

TIPS TAMBAHAN! Kadar yang dipaparkan bukanlah kadar sebenar. Sebenarnya, kalau anda nak tukar jumlah yang banyak, anda boleh request special rate. Sentiasalah bertanya sebelum anda tukar ya.

“BERAPA RIBU NAK TUKAR KALAU NAK BELI PERABOT KAT CHINA?”

Hahaha tak sangka anda akan tanya soalan tu. Nak beli perabot di China tak perlukan banyak wang tunai. Ini kerana mereka perlu mengambil sedikit masa untuk menyediakan tempahan anda. Anda cuma bayar deposit sahaja sekitar 5 – 10%. Selalunya, balik Malaysia baru anda akan selesaikan bayarannya melalui shipping agent

>>> Cara Mengenalpasti Duit Yuan Tulen VS Palsu

Sekian sahaja tips dari kami. Nak lebih banyak tips dalam membeli perabot di China boleh baca DI SINI orait. Semoga bermanfaat! 👍🏻

Silakan SHARE blogpost ini dengan rakan-rakan anda ya. 🙂

Team Perabot Murah China

1 COMMENT

LEAVE A REPLY